suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panduan Perjalanan Zika Amalan Biasa - Wisma Putra

PUTRAJAYA: Kementerian Luar melihat pengeluaran panduan perjalanan berkenaan dengan virus Zika kepada rakyat agar lebih berhati-hati semasa ke luar negara adalah amalan biasa bagi semua negara, termasuklah Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan daripada kementerian, ia mengambil maklum panduan perjalanan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di sini pada 3 Oktober lalu kepada rakyat Amerika.

Panduan perjalanan itu dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pada 29 Sept lalu berkaitan dengan virus Zika.

CDC menyarankan wanita mengandung atau sedang merancang untuk mengandung supaya mempertimbangkan penangguhan perjalanan ke 11 negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

"Pihak kementerian melihat panduan perjalanan ini bertujuan agar rakyat Amerika lebih berwaspada dan mempunyai maklumat sebelum membuat pilihan," katanya.

Kementerian Luar berkata bahawa kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi membendung virus Zika agar tidak merebak ke seluruh negara.--Bernama

Zika, Wisma Putra

Artikel Sebelum

Artikel Lain