suria

Sabah Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM - Musa

Musa Aman

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan dua pegawai kanan yang ditahan pada Selasa kerana didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur di negeri ini.

Ketua menterinya, Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri akan membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka secara adil.

"Kerajaan negeri juga akan mengkaji sistem dan prosedur dalam proses tender dan pemberian projek dalam semua jabatan untuk mengenal pasti kelemahan atau jalan keluar yang memberi peluang kepada rasuah dan salah guna kuasa," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Musa juga mengingatkan penjawat awam untuk terus berpegang kepada konsep integriti ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan di jabatan masing-masing.

Pada Rabu, SPRM merampas RM14.5 juta daripada seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RNM3.3 bilion di Sabah. -Bernama

Rasuah, Sabah, Datuk Seri Musa Aman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain