suria

Polis Jejak Pemilik Bom Asap Di Setapak

Mohamad Roy Suhaimi Sarif.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pembeli dua bom asap yang ditemui di kawasan pembuangan sampah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas di Setapak pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pengeluar bahan letupan yang berpangkalan di Batu Arang menyediakan bekalan kepada polis dan tentera.

"Bom asap kebanyakannya digunakan untuk menjaga ketenteraman awam dan tujuan demonstrasi.

"Pembekal membekalkan (bom) hanya kepada pihak berkuasa, bukannya secara individu.

"Kita siasat sekiranya bom itu dijual kepada kita atau anggota tentera.

"Selepas mendapat pengesahan, kita akan periksa buku log senjata bagi mengenal pasti individu dan mengapa bom itu dibawa keluar.

"Ia boleh jadi bom yang sepatutnya dilupuskan atau telah digunakan," kata Roy Suhaimi pada sidang media, Rabu.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat bagaimana bom itu boleh berada di PPR.

Bom asap itu ditemukan oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan pembuangan sampah di PPR tersebut pada kira-kira pukul 3.30 petang Selasa.

Dalam pada itu, polis menolak kemungkinan penemuan bom itu dikaitkan dengan penganas.



Mohamad Roy Suhaimi Sarif

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain