suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet 2017: Cuepacs Harap Inisiatif Lebih Baik Untuk Penjawat Awam

KOTA BARU: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menyediakan beberapa inisiatif dan peruntukan dalam Bajet 2017 yang dapat menjaga kebajikan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah.

"Bagi Bajet 2017, kami berharap kerajaan memastikan penjawat awam berpendapatan rendah diberi bantuan...selain itu, tiada subsidi ditarik balik dan memberi bonus dua bulan kepada penjawat awam," kata Presidennya, Datuk Azih Muda.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Penerangan Isu-Isu Semasa Penjawat Awam di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sini, Rabu.

Azih berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menimbang dan memenuhi permintaan itu dalam pembentangan bajet pada 21 Oktober ini.-- Bernama


Cuepacs

Artikel Lain