suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

49 Pelajar SMK Guar Chempedak Keracunan Makanan

YAN: Seramai 49 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak dekat sini dilapor mengalami keracunan makanan dipercayai setelah makan di kantin asrama sekolah.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata mereka dihantar ke Hospital Yan dan 47 orang daripadanya dibenarkan pulang ke asrama kira-kira 11 pagi tadi.

"Hanya dua pelajar yang mengalami muntah dan cirit-birit masih dirawat di wad pemerhatian," katanya.

Seorang pelajar Farhan Hakimi Roslan, 13, berkata dia mula merasa sakit perut tengah malam tadi.

"Waktu rehat pukul 3.30 petang semalam, kami makan pau sardin, manakala  pukul 6.30 petang, kami makan nasi dengan sambal udang. Pagi tadi kami merasa sakit perut lalu dibawa ke hospital," katanya.

Nur Aina Amirah Zahani, 13, berkata dia makan pau kaya pada pukul 10.30 malam tadi dan makan kuetiau goreng pada pukul 7 pagi tadi.

"Pukul 11 malam tadi, saya dan rakan-rakan saya merasa sakit perut, lalu kami bergilir-giklir ke tandas. Kami kemudian beritahu kami sakit perut kepada warden asrama kami," katanya.

Tinjauan Bernama mendapati kantin asrama berkenaan telah ditutup.-- Bernama


SMK Guar Chempedak, Yan, sambal udang

Artikel Lain