Yeo Masih Boleh Melawat Permata - Rosmah - Semasa | mStar

Yeo Masih Boleh Melawat Permata - Rosmah

Rosmah Mansor.

KUALA LUMPUR: Satu jemputan untuk anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Damansara Utama Yeo Bee Yin melawat Permata tidak ditarik balik dan rancangan sedang dibuat bagi menjayakannya minggu ini, menurut seorang pembantu kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Datuk Rizal Mansor, bagaimanapun berkata dalam tempoh tiga hari selepas lawatan itu, Yeo mesti bersetuju untuk mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan secara terperinci mengenai projek-projek kontroversial kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.

"Saya (ingin untuk) menekankan sekali lagi bahawa DAP tidak boleh memonopoli untuk menuntut ketelusan," katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Yeo mahu melihat akaun Permata dan mendapatkan gambaran penuh bagaimana program pendidikan awal kanak-kanak itu dengan penaungnya adalah Rosmah, dijalankan. 

Rizal berkata: "Akaun Permata diaudit sepenuhnya setiap tahun oleh pejabat Ketua Audit Negara, dan dia bebas untuk membaca laporan-laporan tahunan itu."    

Berikut kenyataan penuh yang dikeluarkan Rizal: 

YB YEO BEE YIN MASIH DIJEMPUT NAMUN DAP TIDAK BOLEH MEMONOPOLI BAGI MENDAPATKAN KETELUSAN

1. Jemputan kepada anda untuk melawat PERMATA tidak ditarik balik. Kami merancang untuk menjadi tuan rumah kepada lawatan anda minggu ini. Dalam tempohtiga hari selepas lawatan itu, YB Yeo mesti bersetuju untuk mengadakan sidang akhbar menjemput semua media dan sebagai balasan, beliau mesti bersetuju untuk menjelaskan secara terperinci mengenai (projek) kontroversi DAP bernilai berbilion ringgit seperti yang disebut di bawah. Kami meminta supaya pejabatanda menghubungi setiausaha rendah pejabat kami bagi memuktamadkan urusan.   

2. Saya tekankan sekali lagi bahawa DAP tidak tidak mempunyai monopoli untukmenuntut ketelusan. Ia juga menjadi hak saya untuk meminta YB Yeo menjelaskan secara terperinci bersama dokumen mengenai projek-projek Pulau Pinangmemandangkan ia membabitkan dana negeri bernilai berbilion ringgit.

3. YB Yeo kini mendakwa bahawa laporan PAC negeri mengenai projek Terowong Pulau Pinang akan dibentangkan pada November namun tidak menyebut bahawa sejaksetahun lalu, dua tempoh akhir sebelum ini telah terlepas.

4. Mungkin tempoh akhir ke-3 ini tidak akan berakhir seperti janji-janji Ketua Menteri Pulau Pinang yang tidak ditunaikan bagi mendedahkan perjanjian penambakan pada Disember dan janji DAP pada Januari untuk menyaman seorang pemimpin PAS berhubung dakwaan pembiayaan Israel.

5. Adakah YB Yeo tidak bimbang bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang membayar RM305 juta untuk membuat hanya 4 laporan atau RM3 bilion tanah negeri sudahpun dijual atau dijual terdahulu oleh syarikat terowong swasta? Atau projek tersebut berkali-kali ditangguhkan sementara laporan yang mahalitu sendiri belum siap walaupun bayaran sudah dibuat?   

6. YB Yeo juga membayangkan bahawa saya tidak pernah mendengar mengenai Akta Kebebasan Maklumat (FOI) di mana kita boleh meminta maklumat mengenai TamanManggis.   

7. Mungkin dia tidak memahami bahawa yang anehnya FOI Pulau Pinang memerlukan anda menandatangani akuan berkanun menjanjikan untuk tidak mendedahkan kandungan kepada umum, yang tidak menepati tujuan sebuah FOI. Inilah sebabnya kenapa NGO C4 mempersoalkan minggu lepas jika FOI ini benar-benar membantu sesiapa saja.   

8. Akaun PERMATA diaudit sepenuhnya setiap tahun oleh Pejabat Ketua Audit Negara dan dia bebas untuk membaca laporan-laporan tahunan itu.    

RIZAL MANSOR

-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain