suria

Pengerusi PKR Sabah Umum Keluar Parti

Lajim Ukin.

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan Sabah menerima tamparan hebat apabila Pengerusi PKR negeri, Datuk Lajim Ukin dan Setiausaha DAP Sabah, Junz Wong mengumumkan keluar parti pada Ahad.

Lajim berkata pengunduran tersebut berkuat kuasa serta-merta dengan lebih ramai pemimpin dijangka mengikut jejak langkah mereka dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian di Hotel YAHO, Sembulan dekat sini dengan kehadiran sekumpulan penyokongnya.

Turut meninggalkan PKR adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog, Terrence Siambun.

Lajim dan sekumpulan besar penyokong PKR dijangka menyertai sebuah parti baharu.

Ada di antara mereka dikatakan akan menyertai parti yang belum dinamakan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Naib Presiden PKR, Derrel Leiking.

Masih belum dapat dipastikan siapa pemimpin lain yang akan menyertai mereka.


Lajim Ukin, PKR Sabah

Artikel Lain