suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Graduan Politeknik Maut Sebelum Sempat Genggam Diploma

Gambar hiasan.

SHAH ALAM: Kegembiraan seorang graduan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam untuk menerima diploma pada majlis konvokesyen politekniknya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam pagi Ahad.

Nurul Azmina Alias, 21, beralamat di Flat Sri Melaka, Cheras sedang memandu Proton Perdana V6 dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa berkata kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.

"Kereta mangsa terjunam ke dalam parit sedalam kira-kira dua meter," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata orang ramai yang melihat kejadian itu membantu  mengeluarkan mayat mangsa dari keretanya sebelum dihantar ke hospital berdekatan.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas, katanya. - BERNAMA

graduan politeknik, diploma, maut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain