suria

SPRM Jejaki 'Kodek' Bantu Siasatan Kes Kereta Klon

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki, Mohammad Fareez Hasim atau dikenali sebagai Kodek, bagi membantu siasatan berhubung kes kereta klon.

SPRM dalam kenyataan pada Sabtu berkata lelaki berusia 24 tahun itu, pemegang kad pengenalan 920114-06-5323, beralamat terakhir di No. 277, Felda Jengka 6, Bandar Jengka, Pahang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lelaki terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat SPRM Kedah di talian 04-7001880.

Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai SPRM Azaha Lias di talian 012-4905986 atau mana-mana pejabat SPRM berhampiran. - BERNAMA


Kodek, SPRM, kes kereta klon

Artikel Lain