suria

BN Capai Kata Sepakat Berhubung Usul PAS

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mencapai kata sepakat berhubung Rang Undang-Undang Persendirian PAS yang bertujuan memperluaskan bidang kuasa Mahkmah Syariah.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

"Segala (keputusan) dibuat berdasarkan persetujuan semua dan perkara itu telah dibincangkan.

"Kami (BN) mencapai kata sepakat tetapi anda perlu tunggu dan lihat," kata beliau tanpa mendedahkan keputusan yang dicapai berhubung isu tersebut.

Rang Undang-Undang Persendiri yang bertujuan memberi kuasa kepada Mahkamah Syarikat melaksanakan hukuman, kecuali hukuman mati, dijangka dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi Awang memohon agar usul tersebut dibahaskan pada minggu depan.

Parti komponen BN termasuk MCA, MIC dan Gerakan serta parti dari Sarawak, menentang keras pembentangan usul rang undang-undang itu.

Usaha itu merupakan yang ketiga dilakukan oeh PAS bagi melalukan pindaan dalam undang-undang Syarikat bagi membenarkan Mahkamah Syariah di Kelantan melaksanakan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan melanggar undang-undang Islam.


Artikel Sebelum

Artikel Lain