suria

Polis Siasat Kekecohan Antara Orang Asli, Pembalak

Kekecohan timbul membabitkan sekumpulan orang asli dan pembalak di Gua Musang, Rabu lalu.

TANAH MERAH: Polis Kelantan akan menyiasat berhubung kekecohan yang melibatkan sekumpulan masyarakat Orang Asli dan pembalak di Gua Musang pada Rabu lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata setakat ini pihaknya menerima satu laporan masing-masing daripada pihak pembalak dan kumpulan Orang Asli berkenaan.

Beliau berkata pihak polis turut membuat satu laporan setelah dituduh turut terlibat dalam kekecohan itu.

Kumpulan Orang Asli dilapor telah membuat sekatan bagi menghalang pengeluaran balak di kawasan mereka yang pihak pembalak kemudiannya bertindak merobohkan sekatan tersebut sehingga mencetuskan kekecohan antara kedua-dua belah pihak.

Penduduk Orang Asli mendakwa kawasan antara Pos Tohoi dan Pos Simpor merupakan tanah milik nenek moyang mereka yang diceroboh pihak pembalak manakala pembalak pula mendakwa mereka mempunyai lesen sah untuk melakukan kerja-kerja pembalakan. - BERNAMA


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain