suria

Tiga Pelajar SM Sains Labuan Cedera Terkena Merkuri

gambar hiasan

LABUAN: Tiga pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Sains Labuan tercedera dipercayai terkena cecair merkuri daripada alat termometer yang pecah semasa melakukan eksperimen sains di makmal sekolah pagi Khamis.

Pelajar yang cedera kira-kira 7.50 pagi itu dikenali sebagai Cherliz Toecey Yahya yang cedera di mata, Irdin Aisyah Sarakawi yang cedera di tangan dan  Jillyanatanya yang mengalami rasa gatal pada tangan.

Mereka dihantar untuk rawatan ke Hospital Nukleus Labuan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin berkata pihaknya menghantar 25 anggota ke sekolah tersebut sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.57 pagi.

Kira-kira 20 pelajar lelaki dan perempuan beserta seorang guru dan pembantu makmal berada di makmal tersebut ketika kejadian. Kita mendapati sebuah alat termometer berada di atas lantai dalam keadaan berkecai," katanya.

Seorang guru yang enggan dikenali berkata kejadian itu adalah tidak disengajakan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PAS Bidas Sekutu Politik

Artikel Lain