suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Kilat Landa Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat susulan hujan kira-kira tiga jam.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah Jalan P.Ramlee dan Jalan Perak di sini serta Permatang Rawa di Seberang Perai Tengah.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang, Said Sidup berkata kawasan paling teruk terjejas ialah Permatang Rawa yang dinaiki air setinggi  0.76 meter, namun tiada penduduk yang dipindahkan.

Banjir dilapor berlaku kira-kira 5.15 pagi Khamis.

Seorang penduduk Permatang Rawa, Rosman Md Said, 55, berkata lebih daripada dua kali rumahnya dinaiki air bulan ini ekoran hujan lebat.

"Musim hujan telah bermula, sudah tentu akan berlaku banjir kilat di kawasan kami," katanya. - BERNAMA


banjir kilat, Pulau Pinang

Artikel Lain