suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Maut Terkena Tayar Lori Meletup

Gambar hiasan.

DUNGUN: Seorang pemandu treler maut akibat terkena serpihan tayar lorinya yang meletup di Jalan Jerangau-Jabur, Bukit Besi malam Rabu.

Mohd Nazri Jusoh, 41, meninggal serta merta dalam kejadian 7.30 malam itu.

Mangsa dikatakan sedang membawa simen dari Kuantan menghala Kuala Terengganu.

Sumber polis memberitahu mangsa sebelum itu memberhentikan lorinya di tepi jalan setelah terhidu bau hangit dari bahagian belakang lorinya.

"Ketika dia sedang membuat pemeriksaan, tiba-tiba sebuah tayar lorinya meletup dan serpihan tayar berkenaan terkena pada muka, badan dan tangannya yang menyebabkan mukanya hancur," katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA


pemandu treler, maut, kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain