suria

MP Penampang Nafi Bayar Pampasan

Darell Leiking (kanan) bersama Shafie ketika hadir di RoS Putrajaya pada 22 September lalu.

KOTA KINABALU: Bekas Naib Presiden PKR, Darell Leiking berkata tindakannya meninggalkan parti itu dipersetujui secara bersama dan tidak ada keperluan untuk membayar apa-apa pampasan kerana melompat parti.

Leiking, Ahli Parlimen Penampang yang keluar PKR minggu lepas berkata Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bersetuju dengan keputusannya untuk meninggalkan parti untuk bekerjasama dengan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie kini sedang dalam proses untuk mengambil alih sebuah parti sedia ada di Sabah.

"PKR mempunyai cara sendiri untuk uruskan perkara ini. Beliau (DR Wan Azizah) menerima perletakan jawatan saya dan tiada ikatan, kecuali jika (keputusan saya untuk meninggalkan parti) tidak diterima," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan di media sosial bahawa beliau perlu membayar RM5 juta kepada PKR berdasarkan kontrak yang dipersetujui sebelum pilihan raya umum 2013.

"Saya ditinggalkan parti dengan cara yang terhormat. Kecuali saya melompat kepada Barisan Nasional, maka ia adalah berbeza.

"Saya masih dalam 'taman pembangkang'. Namun nombor rumah sahaja yang berbezadi taman yang sama," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas kepada timbalan pengerusi PKR Penampang, Kenny Chua di pejabat PKR di sini.

PKR, Darell Leiking

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain