suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penganggur Didakwa Bunuh Kenalan Sendiri

JOHOR BARU: Seorang pengganggur lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan membunuh kenalan sendiri, awal bulan ini.

Kasmarugaya Sulaiman, 38, didakwa membunuh Abd Razak Ibrahim, 42, di sebuah lorong belakang hotel di Jalan Wong Ah Fook, di sini, antara pukul 5 hingga 6.30 pagi pada 10 September mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Salina Omar.

Mahkamah menetapkan 27 Oktober untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Baiduri Mustakim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kasmarugaya Sulaiman, Bunuh

Artikel Sebelum

MP Penampang Nafi Bayar Pampasan

Artikel Berikut

Artikel Lain