suria

Hudaibiah, Muzium Tumpuan Jemaah Ziarah

Masjid Hudaibiah antara lokasi ziarah di kalangan jemaah haji dan umrah.

MAKKAH: Hudaibiah yang teletak kira-kira 24 kilometer dari kota suci ini menjadi tumpuan jemaah haji untuk berziarah dan bermiqat bagi melafazkan niat umrah.

Tempat bersejarah itu yang pernah menjadi lokasi pemeteraian perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 hijrah antara kafir Quraisy dan muslimin Madinah kerap menjadi lokasi kunjungan jemaah haji dan umrah.

Menurut petugas haji dan umrah, Nur Zamir Zakaria, melalui perjanjian itu walaupun kelihatan berat sebelah tetapi hakikatnya memberi keuntungan besar kepada umat Islam kerana setelah berlaku genjatan senjata, proses dakwah Rasulullah semakin kuat dan meluas sehingga merangkumi Parsi, Rom, Habshah dan sebagainya.

Pada Ahad pagi jemaah haji Destinasia Travels Sdn Bhd misalnya telah berkunjung ke dua lokasi bersejarah dalam siri lawatan kedua di sini.

Tepat jam 9 pagi waktu tempatan jemaah tiba di Hudaibiah dan menghabiskan masa hampir satu jam di situ.

Selepas bersolat sunat ihram dan melafazkan niat ihram umrah, jemaah berpeluang ke Muzium Dua Kota Suci yang menempatkan artifak yang pernah digunakan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Jemaah menghabiskan masa hampir satu jam di muzium itu sebelum pulang semula ke hotel penginapan.

Hudaibiah, Makkah, Nur Zamir Zakaria

Artikel Lain