suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syefura Pilih Pengurus Pelaburan Sebagai Suami

Young Syefura Othman.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara selamat bergelar isteri kepada pengurus pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah pada Sabtu.

Majlis perkahwinan Syefura yang juga Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP bersama jejaka pilihannya itu diadakan di Sangkit Garden, Hulu Langat.

Syefura kelihatan berseri-seri pada majlis perkahwinannya.

"Sudah tentu, saya rasa amat gembira. Saya kini lega kerana majlis ini sudah berakhir," kata Syefura.

Syefura, 27, menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki biasa.

Dilaporkan Muhamad Masyhur, 29, ditahan pada Mei kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Twitternya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain