suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cadangan Khidmat PM Dihad Dua Penggal Hanya Untuk Raih Sokongan

Annuar Musa.

KOTA BARU: Cadangan agar tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dihadkan dua penggal sahaja hanya untuk meraih sokongan semata-mata, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Katanya cadangan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu hanya tertakluk kepada parti berkenaan sahaja kerana beliau tiada hak untuk mencadangkan perkara itu kepada parti lain.

"Kadang-kadang ada jenis orang yang suka mencadangkan kepada orang lain untuk membuat sesuatu tetapi dia sendiri tidak berbuat seperti apa yang dicadangkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Oghe Tere (Orang Ketereh) di Bukit Marak di sini, Sabtu.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh juga yakin rakyat tidak tertarik dengan cadangan berkenaan.

Kelmarin, Mukhriz dilapor berkata parti itu akan mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan perdana menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja sekiranya kerajaan baharu ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-14, bagi mengelak krisis pentadbiran. - BERNAMA


Najib Tun Razak, Annuar Musa, Bersatu

Artikel Sebelum

Kediaman Mewah, Pemikiran Cetek

Artikel Berikut

Artikel Lain