suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Dipercayai Diserang Buaya Di Kinabatangan

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang mengumpul benih kelapa sawit di sepanjang sungai di daerah Kinabatangan, dekat sini dipercayai telah diserang buaya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Khatizah Rahaban berkata, wanita berumur 22 tahun itu menjerit meminta tolong dalam kejadian pada pagi Sabtu itu.

“Penduduk tempatan yang berada berdekatan lokasi kejadian melihat haiwan umpama buaya mengheret wanita berkenaan ke sungai pada kira-kira 8.30 pagi,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan.

buaya, Kinabatangan

Artikel Sebelum

Rara Nikahi 'TheKeluangMan'

Artikel Berikut

Artikel Lain