Beliau menjelaskan bahawa pihak polis telah menangkap Ali Tinju dan bagi membantu siasatan kerana ugutan jenayah, dan kemudian bekas tentera itu dilepaskan dengan ikat jamin.
“Kami menahannya dan membebaskannya dengan ikan jamin. Ini sama dengan Jeff Ooi. Mereka tertakluk kepada tindakan yang sama,” katanya.
“Ketika pihak kami memanggil Ali Tinju untuk memberikan kenyataan, dengan segera hadir. Kami memanggilnya pada pukul 8.00 pagi dan dia tiba pada pukul 8.30 pagi.
“Dia menyerah diri, kami menahannya dan merakamkan kenyataannya sebelum dia dilepaskan dengan ikat jamin. Begitu juga dengan Jeff Ooi dan lain-lain.
“Jangan cuba membuat tuduhan kami pilih kasih dan jangan buat tuduhan tidak berasas,” jelas Khalid.
Tangkap Ali Tinju, Ikat Jamin, Bukti Polis Tidak Pilih Kasih
Tan Sri Khalid Abu Bakar


