Felda Ulu Penggeli Raih RM1 Juta

Felda Ulu Penggeli Kluang, Johor dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) sempena sambutan Hari Peneroka 2016. Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -fotoTHESTAR
MARAN: Felda Ulu Penggeli Kluang, Johor dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) sempena sambutan Hari Peneroka 2016 yang diadakan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini Jumaat.

Kemenangan untuk kategori utama itu membolehkan tanah rancangan tersebut membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta dengan hadiah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Felda Ulu Penggeli berjaya meraih anugerah itu kerana berjaya menguruskan kebersihan, keceriaan dan keindahan kawasan kampung Felda di samping aspek kualiti komuniti.

Ketua Peneroka Felda Ulu Penggeli, Imran Daud, 53, berkata setelah enam kali cuba menyertai pertandingan itu, akhirnya mereka berjaya memenangi anugerah berkenaan.

"Alhamdulillah setelah enam kali mencuba baru berjaya. Kejayaan hari ini adalah hasil usaha bersama yang tidak pernah berputus asa. Hasilnya kami dapat membawa balik wang RM1 juta ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Imran berkata semangat kerja berpasukan yang tinggi bermula di peringkat murid sekolah yang dididik menjaga kebersihan turut menjadi kunci kepada kejayaan tersebut.

Selain itu, mereka turut menubuhkan komuniti untuk mengekalkan kebersihan dengan menganjurkan aktiviti gotong-royong setiap Ahad dan Selasa yang diadakan walaupun pada bulan puasa.

"Hari Ahad, kami tumpu kepada kawasan awam manakala hari Selasa kami akan bergotong-royong untuk membersihkan seluruh kampung," katanya.

Ditanya perancangan yang akan dilakukan dengan hadiah kemenangan itu, Imran berkata sebanyak RM1,000 akan digunakan untuk diberikan kepada setiap peneroka dan kakitangan di Felda berkenaan manakala selebihnya akan diperuntukkan menaik taraf prasarana di sekitar Felda terbabit.

Sementara itu, seramai 10 bekas ketua peneroka yang terdiri daripada lima lelaki dan lima wanita terpilih mendapat Anugerah Pingat Khidmat Bakti.

Dalam pada itu, tiga masjid yang dianugerahkan sebagai masjid contoh sempena Sambutan Hari Peneroka 2016 diberikan kepada Masjid Nurul Hidayah, Gua Musang manakala tempat kedua dan ketiga ialah Masjid Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru dan Masjid Felda Serting Hilir, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain itu, khidmat imam masjid juga tidak dilupakan dengan pengiktirafan melalui Anugerah Tokoh Imam Felda kepada Yusof Saad dari Felda Mempaga diikuti Md Sharafi Zakaria, dari Trolak dan Mohd Rasiab Tahar dari Gua Musang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Khas iaitu Anugerah Komuniti Cemerlang dimenangi oleh Felda Sahabat 4/5, Anugerah Landskap Rancangan dimenangi Felda Heng Selatan, Anugerah Inovasi Rancangan kepada Felda Ghafar Machap dan Felda Kemahang 2 yang meraih Anugerah Ekonomi Rancangan.

Setiap penerima anugerah khas berkenaan menerima RM20,000, trofi dan sijil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mayat Subkontraktor Ditemui Dalam Belukar

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain