suria

Pelajar Maut Rempuh Belakang Lori Rosak

SARIKEI: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei maut selepas merempuh bahagian belakang sebuah lori di kilometer 435 Jalan Betong/Sarikei/Meradong dekat sini Ahad malam.

Ketika kejadian kira-kira 9.45 malam, mangsa, Alan Wong Chu Tien, 15, yang menunggang sebuah motosikal ketika dalam perjalanan ke pekan Jakar telah merempuh lori rosak yang diletakkan di tepi jalan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sarikei, DSP Mat Jusoh Muhammad yang mengesahkan kejadian itu memberitahu, jalan tersebut adalah lurus tetapi gelap.

Tanda segi tiga amaran juga tidak diletakkan di belakang lori manakala lampu kecemasan tidak dinyalakan berikutan masalah bateri, katanya.

Menurut beliau, pemandu lori tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Artikel Sebelum

Artikel Lain