suria

Lelaki Nepal Maut Ditikam Rakan Senegara

Gambar hiasan.

NIBONG TEBAL: Seorang pekerja kilang rakyat Nepal mati ditikam dalam pergaduhan di sebuah rumah di Flat Taman Seruling Emas, di sini malam Ahad, menurut polis.

Dalam kejadian pada 9.30 malam itu, Rana Kamal Ram, 37, ditikam di leher dengan sebilah pisau dan mati di tempat kejadian, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafee Abdul Samad.

Beliau berkata seorang lelaki Nepal berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Mangsa menyewa di rumah itu bersama tiga lagi rakan senegaranya dan mereka dilapor minum minuman keras sebelum berlaku pertengkaran. Pada mulanya berlaku pertengkaran mulut dan berlarutan kepada tampar menampar sebelum suspek menikam mangsa," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Shafee berkata dua lagi lelaki yang tinggal di rumah itu cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi gagal kerana suspek turut mengacukan pisau ke arah mereka dan menggugut akan mencederakan jika masuk campur.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat. - BERNAMA

pekerja kilang, Nepal, maut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain