suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jemaah Haji Kini Wukuf Di Arafah

MAKKAH: Kira-kira tiga juta umat Islam berhimpun di Padang Arafah untuk berwukuf iaitu menyempurnakan rukun haji kedua yang juga disifatkan sebagai kemuncak ibadat haji.

Daripada jumlah itu seramai 23,000 jemaah adalah dari Malaysia. Jemaah mula bergerak ke Arafah pada 8 Zulhijah selepas waktu Subuh secara berperingkat.

Sebahagian besar jemaah haji dari Malaysia mula berangkat ke Arafah selepas Asar 8 Zulhijah iaitu Sabtu petang. 

Misalnya, bagi jemaah haji Destinasia Travels Sdn Bhd, pergerakan ke Arafah bermula selepas solat Isyak dari hotel Zewar Al Mashaer. 

Selepas berwukuf di Arafah pada 9 Zulhijah, jemaah dijadualkan berangkat ke Muzdalifah pada kira-kira jam 10 malam waktu tempatan dan mabit di situ sebelum bergerak ke Mina.

Di Mina, jemaah akan melontar jamrah Aqabah dan berrtahlul awal.

jemaah haji, wukuf, Arafah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain