suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Al-Quran Jadi Tumpuan Umat Islam Pada World #QuranHour

Rifqah Nur Qistina Razali 8, sedang membaca Al-Quran ketika menyertai Program World #QuranHour anjuran Pertubuhan Wanita Prihatin Malaysia Perak (PWPP) di Masjid Jamek Kg Melayu Sungai Rapat, Ahad. Mengambil semangat penyatuan umat Islam yang sedang berhimpun di Padang Arafah pada hari wukuf bersamaan 9 Zulhijjah, program satu jam itu turut diadakan di 14 negeri seluruh Malaysia.

KUALA LUMPUR: Selama sejam umat Islam di seluruh dunia dalam semangat penyatuan ummah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sempena Program World #QuranHour yang julung kali diadakan pada Ahad.

Titik tumpu acara itu di Masjid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disertai lebih 3,000 orang ketika umat Islam yang menunaikan haji berhimpun di Padang Arafah pada hari wukuf 9 Zulhijjah.

Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim, yang juga pengerusi UIAM, berkata program itu memperlihatkan cantuman jiwa umat Islam di seluruh dunia dalam mengagungkan kalam Allah itu. 

"Berkumpul kita di UIAM menandakan corak kemasyarakatan Islam. Acara ini tak dapat dibandingkan dengan kegiatan lain. Marilah kita bersama-sama terus perkukuh insaniah dan ketepikan perbezaan," katanya ketika berucap pada majlis bermula 9 pagi itu.

Rais kemudian membacakan surah al-Fatihah bagi memulakan program World #QuranHour disusuli bacaan surah al-Baqarah oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha. 

Program Semarak Arafah mendapat sambutan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin Putrajaya pagi Ahad.


Berita selanjutnya menyusul.

Artikel Berikut

Jemaah Haji Kini Wukuf Di Arafah

Artikel Lain