suria

Reman Ke Atas Suspek Kes Bunuh Tiga Sekeluarga Disambung

MELAKA: Suspek kes bunuh yang melibatkan tiga sekeluarga di Kampung Bertam Malim di sini minggu lepas disambung reman selama tujuh hari bermula Khamis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, permohonan tempoh sambung reman adalah bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek yang berumur 26 tahun itu terutama berkaitan punca dan motif kejadian.

"Polis masih menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes ini sebelum proses dakwaan boleh dilakukan," katanya kepada pemberita.

Dalam kejadian awal pagi Khamis lepas itu, Pengerusi Tetap Umno Tangga Batu, Mariah Baharin, 60, bersama suaminya Hassan A.Wahab, 70, dan anak lelaki mereka, Mohammad Taufeq, 22, ditemukan mati dikelar dipercayai oleh anggota keluarga angkat pasangan itu yang dipercayai merupakan seorang penagih dadah. 

Dua lagi anak perempuan mangsa iaitu Noor Haslinda Diyana, 26, dan Nuraqedah Aeina, 24, cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Melaka.

Artikel Lain