suria

Banyakkan BN, Kurang Umno, MCA, MIC - Ti Lian Ker

Ti Lian Ker.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) seharusnya "lebih banyakkan BN dan kurang Umno, MCA atau MIC," kata Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Beliau berkata, ia adalah penting untuk "meraih imaginasi pengundi baharu" dan selari dengan "politik baharu".

"(Inilah) masanya untuk mengiktiraf politik baharu dan berhubung dengan perubahan kosmopolitan yang progresif," kata Ti dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ti, yang juga ahli jawatankuasa pusat MCA berkata, Umno perlu berhenti bergerak dalam "pemikiran Umno" dan "bergerak dalam semangat BN kerana semuanya berdiri sebagai BN dalam pilihan raya umum".

"Bila parti komponen kalah, kita kalah sebagai BN," katanya.

"Begitu juga apabila calon-calon Umno menang, mereka menang di bawah panji BN," kata Ti.

Pada masa ini, katanya, parti-parti komponen tidak mempunyai sentimen 'kebersamaan' di majlis-majlis BN dan hanya terlibat secara kecil.

"Segelintir pemimpin Umno dari kawasan bukan kosmopolitan atau luar bandar cenderung untuk tidak mengambil kira sentimen bukan Melayu atau bukan Umno dalam kenyataan umum atau pendirian mereka," katanya.

Ti berkata, "mentaliti urban vs luar bandar" membawa kepada pemisahan ahli-ahli PAS dan parti serpihannya, Parti Amanah Negara.

"Umno mempunyai jurang yang sama. Untuk Umno membantu parti-parti komponen, mentaliti luar bandar perlu diubah," katanya.

Ti berkata, tiba masanya bagi BN untuk berevolusi untuk menjadikannya popular dan relevan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

"Umno kini perlu dilihat sebagai BN dan perlu lebih banyak berbilang kaum bukan hanya pada kata-kata tetapi juga dalam tindakan," katanya.

Ti Lian Ker, BN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain