suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Adun Sungai Pinang Hadir Di Pejabat SPRM

GEORGE TOWN: Lim Keat Seong, bapa kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Lim Siew Khim, hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban berkata Keat Seong tiba di pejabat SPRM di sini pada pukul 12.50 tengah hari Khamis.

Abdul Aziz berkata tempoh soal siasat Keat Seong bergantung kepada bagaimana beliau memberikan kerjasama.

"Kami kini sedang menyoalnya dan masih terlalu awal untuk buat penentuan," kata Abdul Aziz.

Keat Seong didakwa menerima wang tunai sebagai balasan kerana mendapatkan unit rumah mampu milik untuk pembeli.

Sebuah video, menunjukkan beliau didakwa meminta wang tunai sebagai pertukaran untuk unit-unit perumahan telah didedahkan oleh Gerakan negeri baru-baru ini.

Siew Khim telah mengesahkan lelaki dalam video itu adalah bapanya, tetapi berkata beliau tidak mengetahui tentang aktiviti perniagaannya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain