suria

Hadiah Seekor Lembu Jika Sekolah Capai 15 Peratus Pelajar Dapat 6A UPSR

Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Luar bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri merangkap Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad (tiga, kiri) menyerahkan alat tulis kepada calon UPSR Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Hulu Besut ketika Program Temu Murni pada Khamis. Turut hadir Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Ab Halim Hassan (dua, kiri) dan Guru Besar sekolah, Che Zaharah Che Teh (kiri). Foto Bernama

BESUT: Hadiah seekor lembu. Itu ganjaran bagi setiap sekolah rendah di Hulu Besut sekiranya 15 peratus daripada jumlah pelajar yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 berjaya memperoleh 6A. 

Tawaran itu dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri, Hulu Besut Nawi Mohamad yang juga pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengunaan negeri.

Nawi membuat tawaran itu pada majlis perjumpaan dengan guru dan kesemua 454  calon UPSR kawasan Hulu Besut di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, di sini Khamis, yang akan menduduki UPSR bermula 5 hingga 8 September ini.

Beliau berkata, pelajar cemerlang juga bakal memperoleh insentif berupa wang tunai namun tidak menyatakan jumlahnya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan peralatan peperiksaan kepada setiap calon daripada kesemua sembilan buah sekolah rendah berkenaan. - Bernama

Nawi Mohamad, UPSR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain