suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azizul Terkejut, Tergamam Disambut Bak Wira

SEPANG: Terkejut dan tergaman, itu saja kata-kata yang diluahkan Azizulhasni Awang apabila disambut bagaikan wira sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Jumaat.

"Saya tak tahu nak cakap apa, tergamam seketika. Sebaik turun, ada sambutan semburan air dekat pesawat.

"Saya diserbu apabila sampai, kat balai ketibaan pula penuh dengan wartawan, rasa tergamam betul. Kali pertama terima sambutan meriah seperti ini," katanya.

Terdahulu, atlet pelapis negara bersama dengan kakitangan Majlis Sukan Negara (MSN) memenuhi balai ketibaan KLIA menyambut ketibaan Azizulhasni sambil memegang kain rentang tertera perkataan 'Selamat Pulang Wiraku Azizulhasni Awang'.

Kepulangan Azizulhasni yang turut disertai rakan senegara, Fatehah Mustapa disambut bak wira susulan kejayaan menghadiahkan pingat gangsa buat negara menerusi acara keirin pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Turut menyambut ketibaan Azizulhasni adalah ibunya, Selamiah Yong, 52, Amna Maryam, 4, dan keluarga mertuanya.

Isterinya, Athiah Ilyana Abd Samat terpaksa melupakan hasrat untuk menyambut kepulangan Azizul kerana anak kedua mereka, Amna Khadeeja dimasukkan ke hospital akibat demam.

Athiah menerusi laman Instagram (IG) miliknya mengakui akur dengan ketentuan Allah.

Azizulhasni Awang, KLIA, Olimpik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain