suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Poster 'Lucah' Undang Ghairah Seks - Exco Kelantan

KOTA BARU: Poster model yang tidak menutup aurat akan mengundang keinginan seksual bagi mereka yang melihatnya, demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Beliau berkata, larangan poster yang memaparkan imej tidak menutup aurat di negeri ini adalah wajar.

Katanya, membenarkan poster seumpama itu dipamerkan akan membawa kepada aktiviti yang tidak sihat.

"Sebab itu kami mengambil keputusan untuk mengharamkan poster yang menunjukkan wanita memakai bikini atau yang tidak berpakaian sopan.

"Ia termasuk dalam syarat-syarat yang ditetapkan oleh semua pihak berkuasa tempatan sejak beberapa tahun," katanya kepada pemberita.

Abdul Fattah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua ahli perniagaan bukan Melayu yang dikenakan saman selepas mempamerkan poster model tanpa tudung.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain