suria

Segala Pengorbanan Azizulhasni Berbaloi

Athiah, Selamiah serta keluarga meraikan kejayaan Azizulhasni di Sukan Olimpik Rio.

IPOH: Selamiah Yong antara individu yang berada di London empat tahun lalu bagi memberi sokongan moral kepada anak lelakinya yang juga pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang pada acara akhir keirin lelaki temasya Sukan Olimpik di Rio.

Walaupun Azizulhasni menduduki tempat keenam di London, Selamiah tidak pernah berputus asa menyokongnya.

Wanita berusia 52 tahun itu yang juga ibu angkat kepada Azizulhasni bagaimanapun tidak ke Rio de Janeiro kali ini tetapi tetap berada teguh di belakang anaknya dalam usaha meraih emas pada Sukan Olimpik.

Walaupun menduduki tempat ketiga di Rio, Selamiah berasa gembira kerana Azizulhasni berjaya memenangi pingat untuk negara.

Azizulhasni sebelum ini pernah mara ke Sukan Olimpik sebanyak dua kali namun gagal meraih sebarang pingat, kini digelar "Pocket Rocket Man" oleh rakan-rakan antarabangsanya, selepas meraih pingat berbasikal pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik.

Menceritakan mengenai pengalaman Selamiah berkata menonton perlumbaan itu bersama keluarga adalah lebih baik daripada pengalamannya yang menonton secara langsung semasa di London.

"Semasa saya berada di London, ia sama sekali berbeza. Di sini, saya bersama menantu dapat menjerit dan bersorak terutama apabila dia melintasi garisan.

"Rumah itu ibarat stadium. Saya amat berbangga kerana seorang anak muda dari Dungun telah membuktikan dirinya di pentas yang besar, "kata Selamiah ketika ditemui di kediaman menantunya di Bandar Meru Raya di sini.

Perjalanan dari Dungun, Terengganu, itu dibuat pada saat-saat akhir, dua hari selepas kami menonton perlumbaan itu.

"Idea tersebut secara tiba-tiba. Kami hanya terfikir dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk menaiki bas ke Ipoh untuk menonton perlumbaan yang amat bermakna buat anak jagaan saya itu.

"Sebaik tamat persaingan, dia menelefon saya dan ucapkan terima kasih selain memaklumkan akan sampai ke tanahair Jumaat ini," katanya kepada The Star.

Selamiah dan mentuanya turut mengenakan kemeja-t Team Azizul dan menumpukan perhatian kepada Azizulhasni yang berada di Melbourne sejak tujuh tahun lalu.

Sorakkan bergema sebaik Azizulhasni mengayuh dengan pantas meninggalkan wakil Jerman, Joachim Eilers dan jaguh Colombia, Gabian Hernando Puerta Zapada bagi menduduki tempat ketiga.

Isteri Azizulhasni, Athiah Ilyana Abd Samat, 30 terlalu gembira sehingga hilang kata-kata apabila menyaksikan aksi mantap suaminya.

"Bertahun-tahun dia berkorban dan akhirnya ia berbaloi apabila memenangi pingat.

"Dia mengimpikan emas tetapi dapat gangsa, tetapi saya gembira kerana usahanya selama ini dibayar dengan kejayaan ini," katanya.

Kali terakhir Athiah bertemu suaminya adalah pada akhir Ramadan sebelum Azizulhasni berlepas ke Portugal untuk menyertai latihan pusat di sana.

Katanya, Azizulhasni juga bimbang dengan keadaan anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun, Amna Mariyam yang dimasukkan ke wad minggu lalu kerana demam.

"Setiap hari dia hubungi saya untuk bertanyakan khabar Mariyam," katanya.

Kata Athiah lagi, kini suaminya menetapkan sasaran untuk memiliki emas pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Sementera itu, bapa Azizulhasni, Awang @ Muda Embong dan adiknya, Mohd Asief Iman mengakui kesungguhan anaknya berlatih untuk mengejar kejayaan buat diri dan negara.

"Dia langsung tidak kisah walaupun pada Aidilfitri. Walaupun ada lemang dan ketupan, dia hanya jamah nasi beras perang," katanya ketika ditemui di kediamannya di Dungun, Rabu.

Pesara Jabatan Pengangkutan Jalan itu berkata, anaknya bangun kira-kira 5 pagi dan berlatih sehingga 7 malam setiap hari.

"Selalunya dia pulang dalam keadaan letih tetapi tidak pernah merungut kerana begitu inginkan pingat emas," katanya.

Awang, 67 berkata, saingan di Rio mengingatkan zaman kanak-kanak Azizulhasni yang begitu gemar berlumba basikal di sekeliling kampung.

Asief, 21 yang kini menuntut dalam bidang kejuruteraan di Universiti Teknologi Mara kampus Bukit Besi berkata, pencapaian abangnya memberi inspirasi buat dirinya serta belia seluruh Terengganu.

Azizulhasni Awang, Olimpik, keirin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain