suria

Lebih 100,000 Gelang Warnai Kempen #AnakAnakMalaysia

Tuzan (kiri) dengan bangganya menunjukkan gelang tangan #AnakAnakMalaysia yang dipakainya bersama pelanggan kafenya.

SHAH ALAM: Lebih 100,000 rakyat Malaysia kini dengan bangga memakai gelang tangan #AnakAnakMalaysia yang melambangkan perpaduan, harmoni dan kesederhanaan.

Ia kini semakin mendapat perhatian ramai dan mampu menyemarakkan semangat ke arah matlamat itu.

Lebih 100,000 gelang berkenaan telah diedarkan bersama naskhah akhbar The Star. Ia sebahagian kempen gelang tangan #AnakAnakMalaysia.

Premis yang dikenali ramai menerusi inisiatif Pay It Forward, Charlie's Cafe turut mengedarkan gelang tangan berkenaan kepada pelanggannya pada Rabu.

Pemiliknya, Desonny Tuzan berkata, pihaknya memutuskan untuk menyertai gerakan #AnakAnakMalaysia bagi membantu menyatupadukan rakyat negara ini, sebagai salah satu cara terbaik untuk menyambut Hari Kebangsaan.

Walaupun gelang tangan itu sudah diperoleh di Taman Bukit Desa iaitu lokasi kafenya itu, tetapi Tuzan tidak mengalah.

"Kami dapatkan bantuan kenalan untuk mengumpul gelang tangan itu apabila mula mendapat permintaan daripada pelanggan," kata anak kelahiran Sabah itu.

Bagi usahawan dan artis, Alan Yun yang menyokong kempen itu, memori bermain hoki bersama rakan sepasukan berbilang bangsa adalah sesuatu yang paling berharga.

"Kami mengetepikan perbezaan antara kami semata-mata untuk mencapai kemenangan untuk pasukan," kata pemilik restoran Limapulo.

Tinjauan di galeri EcoWorld di Setia Alam pula mendapati adanya kakitangan syarikat itu yang menyokong kempen berkenaan.

Eksekutif Kanan Yee Yann Lee berkata, gelang tangan itu mengingatkan erti sebenar merdeka dan Malaysia.

"Malaysia akan tetap menjadi rumah kepada semua warga negaranya," katanya.

Pengurus jemana syarikat, Melissa Lai pula berkata, perbezaan bangsa, pendidikan dan agama bukan penghalang untuk rakyat negara ini sama-sama menyambut  Hari Kebangsaan.

"Saya memakai gelang tangan ini hari ini dan tentunya akan menggalakkan ahli keluarga serta rakan untuk melakukan perkara sama," katanya.

Yam Lee dan Lai adalah antara pembaca The Star yang aktif berkongsi gambar dan video mereka bersama gelang tangan itu menerusi www.anakanakmalaysia.com.

Gelang tangan percyma itu akan diedarkan bersama akhbat The Star pada 20,21,22,22,24,26,28 dan 30 Ogos ini, selain diagihkan di galeri EcoWorld.

Kempen #AnakAnakMalaysia bermula 18 Ogos hingga 16 September itu penganjuran bersama pemaju hartanah, EcoWorld Development Group Bhd dan akhbar The Star.

Pasukan penyiar bergerak RedFM, SuriaFM dan 988FM turut mengedarkan gelang tangan itu dan menghebahkan semangat 31 Ogos kepada orang ramai.






Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain