suria

Polis Selamatkan 10 Wanita Filipina Mangsa Pemerdagangan

Gambar hiasan.

SIBU: Polis Sibu pada Isnin menyelamatkan 10 wanita warga Filipina yang disyaki mangsa pemerdagangan orang dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Hardin di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia 20 hingga 30 tahun itu memasuki negeri ini dengan menggunakan permit kerja sebagai penghibur namun dieksploitasi untuk kerja tidak bermoral.

Mereka dipercayai sudah berada di bandar ini sejak setahun lalu, katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam serbuan pada tengah hari itu, katanya, polis turut menahan seorang lelaki berusia 54 tahun yang bertindak sebagai penjaga permis berkenaan bagi membantu siasatan.

"Kesemua wanita itu kini dalam perlindungan polis," katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain