suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Kilat Di Stesen LRT Glenmarie

PETALING JAYA: Hujan lebat yang melanda di sekitar ibu kota pada petang Jumaat menyebabkan banjir kilat bukan sahaja berlaku di sekitar ibu kota, malah turut berlaku di Subang Jaya.

Berlaku banjir kilat dan kesesakan trafik dari arah Glenmarie menghala ke Lapangan Terbang Subang lebih kurang pukul 5 petang.

Sejumlah kenderaan yang melalui laluan tersebut terpaksa meredah hujan lebat dan limpahan air ke jalan utama laluan pengguna. 

Keadaan banjir kilat ke arah Lapangan Terbang Subang.


Hampir lebih kurang sejam selepas itu, limpahan air mula surut, namun namun kesesakan masih berlaku.

Selain itu,kesesakan lalu lintas dilaporkan di sekitar Jalan Syed Putra (dari Mid Valley ke Kuen Cheng High School) dan di Jalan Sultan Iskandar (dari bangunan Parlimen ke PWTC) yang disebabkan banjir kilat.

Turut dilaporkan pada pukul 4  dari banjir kilat turut berlaku di Seputeh ke Taman Desa  di kawasan itu.
Subang Jaya, Banjir kilat

Artikel Lain