suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Johor Sedia Bangun Kawasan Laluan Projek HSR - Khaled Nordin

JOHOR BAHARU: Kerajaan negeri sedia membangunkan kawasan yang menjadi laluan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura sekali gus mengambil manfaat daripada projek berimpak tinggi itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Johor mempunyai Pelan Pembangunan Strategik yang dapat mengenal pasti corak pembangunan kawasan laluan terlibat terutama di Muar dan Batu Pahat.

"Kerajaan Johor amat mengalu-alukan projek ini yang sudah ditandatangani memorandum persefahamannya dan seperti yang dimaklumkan, ia dijangka siap dan beroperasi selepas 2026.

"Dalam masa yang sama, kita percaya bahagian yang dilalui oleh laluan HSR akan kita bangunkan. Dengan adanya HSR, ia memungkinkan kita menterjemah Pelan Pertumbuhan Strategik terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Johor di sini, Juymaat.

Projek HSR yang disasar memulakan operasi pada 2026 akan mempunyai lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Landasan sepanjang 350 kilometer (km) itu akan menagurangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit dengan kelajuan melebihi 300 km sejam. -Bernama

Artikel Lain