suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Syariah Selangor Bersidang Malam Kurangkan Kes Tertunggak

Dr Mohd Na'im Mokhtar

SHAH ALAM: Mahkamah Syariah Selangor akan mengadakan sesi perbicaraan pada sebelah malam bermula Isnin ini dalam usaha mengurangkan bilangan kes tertunggak yang tinggi.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata inisiatif itu juga bagi membantu pihak yang sukar mendapatkan cuti pada waktu siang untuk menghadiri prosiding pada sebelah malam.

Beliau berkata prosiding sebelah malam kali pertama pada Isnin ini akan dikendalikannya sendiri sebanyak dua kali dalam sebulan bermula pukul 8 hingga 10 malam.

Tambahnya, sesi perbicaraan malam itu akan diperluaskan ke dewan hakim Syarie lain secara berperingkat mengikut kesesuaian.

"Saya mengambil inisiatif tersebut bagi mempercepatkan perjalanan kes khususnya bagi mengurangkan bilangan kes tertunggak yang tinggi di negeri ini.

"Justeru, saya berharap semua hakim Syarie di Selangor bersedia untuk mengadakan sesi 'night court' bagi mengurangkan kes tertunggak di dewan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, prosiding pada waktu malam juga dilihat sebagai sumbangan dan tanggungjawab sosial korporat yang dilakukan Mahkamah Syariah Selangor dalam membantu masyarakat.

Mohd Naim pernah mengendalikan prosiding pada sebelah malam ketika beliau menjadi Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 1998 hingga 2000 dan sepanjang tempoh itu, kira-kira 2,000 kes tertunggak berjaya diselesaikan. -Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain