suria

1MDB: SPRM Bekerjasama Dengan FBI

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ia menjalin kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, kerjasama itu hanya ditumpukan kepada kemungkinan perbuatan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.

"Berhubung laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengenai 1MDB, SPRM mengesahkan telah menjalinkan kerjasama dengan FBI. 

"Ini kerana kedua-dua pihak telah mempunyai hubungan kerjasama yang lama sebelum ini," kata SPRM dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporka berkata kerajaan memandang serius saman sivil berkaitan dana 1MDB yang dikemukakan DOJ.

Beliau berkata perkara itu merupakan tindakan sivil dan bukannya tindakan jenayah, selain ia terhad kepada nama-nama yang telahpun disebutkan dalam dokumen DOJ itu.

Najib berkata kerajaan akan memberi kerjasama yang sepenuhnyakepada semua badan siasatan antarabangsa.

SPRM, FBI, 1mdb

Artikel Lain