suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khairy Akan Beri Keterangan Kes Saman Anwar

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan terlebih dahulu memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Peguam J. Leela yang mewakili Anwar memberitahu media bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membenarkan permohonan Anwar supaya Khairy yang merupakan defendan memulakan keterangannya terlebih dahulu dalam perbicaraan kes saman itu.

Katanya mahkamah menetapkan 19 Sept untuk mendengar keterangan Khairy.

Pada kebiasaannya, dalam kes sivil, plaintif yang akan memulakan keterangannya terlebih dahulu.

Bagaimanapun Anwar yang merupakan plaintif memohon supaya Khairy memberi keterangannya dan mengemukakan bukti terlebih dahulu berhubung dakwaannya terhadap Anwar bagi tujuan justifikasi atau perlindungan bersyarat sebelum plaintif dipanggil atau menyangkal dakwaan itu.

Pada 7 Mac, 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi memohon gantirugi RM100 juta dengan mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada20 Februari, 2008.

Katanya perkataan fitnah dan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan di laman web, termasuk dalam portal Malaysiakini.com. Khairy, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 8 Okt, 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan berdasarkan justifikasi dan perlindungan bersyarat. -Bernama

Khairy Jamaluddin, Anwar Ibrahim

Artikel Lain