suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brexit Beri Kesan Kepada Projek Hartanah Malaysia Di Britain

BANGI: Projek pembangunan hartanah Malaysia di Battersea akan terjejas sekiranya ekonomi Britain menjadi lemah dan pasaran hartanah tidak melonjak susulan keputusan negara tersebut menarik diri (Brexit)daripada Kesatuan Eropah (EU).

Ketua Felo Sekolah Perniagaan Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr John Anthony Xavier berkata syarikat Malaysia yang telah melabur di sana seperti SP Setia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Sime Darby dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mungkin menyaksikan keuntungan mereka merosot.

"Pelaburan akan menjadi lebih murah. Indeks harga rumah di London telah merosot ke peringkat terendah dalam tempoh tujuh tahun," katanya dalam sidang akhbar mengenai kesan Brexit, pada Jumaat.

Bagaimanapun Pensyarah Sekolah Sejarah, Politik an Stragegi UKM, Abdul Muein Abadi berkata Brexit tidak membawa perubahan negatif dalam kerjasama pertahanan Malaysia-Britain.

"Ini kerana kerjasama Malaysia dan Britain dalam bidang ketenteraan danpertahanan tidak terbentuk menerusi EU," katanya. -Bernama

Brexit, Malaysia

Artikel Lain