Kabinet Tolak Cadangan MKN Keluarkan Visa Untuk Pelancong Timur Tengah - Semasa | mStar

Kabinet Tolak Cadangan MKN Keluarkan Visa Untuk Pelancong Timur Tengah

Nazri Aziz.

KUALA LUMPUR: Kabinet menolak cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memperkenalkan penggunaan visa kepada warga Timur Tengah yang memasuki Malaysia.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan menyeluruh dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

"Kami mengakui bahawa ancaman militan IS adalah satu perkara serius tetapi kami memutuskan untuk tidak mengkaji semula kaedah kemasukan visa bagi negara-negara Timur Tengah.

"Isu sebenar di sini adalah penguatkuasaan, jadi kami memerlukan kaedah saringan lebih ketat di pintu masuk ke Malaysia.

"Jika kita mahu menerima cadangan MKN, ia bermakna kita perlu mengkaji semula syarat kemasukan bagi semua negara, bukan sahaja di Timur Tengah," katanya pada sidang akhbar, Rabu.

Selain daripada pemeriksaan yang lebih ketat, Nazri juga memberi tiga sebab lain mengapa cadangan itu ditolak.

"Kajian semula keperluan visa sentiasa dua hala, jadi Malaysia tidak boleh membuat keputusan unilateral mengenai perkara ini.

"Selain itu, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara sahabat di Timur Tengah, di mana kesemuanya adalah juga ahli-ahli OIC," katanya.

visa , Timur Tengah , Nazri Aziz , Kabinet

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan