suria

Ahli Keluarga Mangsa Tembakan Di Taman OUG Terkejut, Keliru

Suami mangsa yang tidak dapat menahan emosi ditenangkan oleh pihak polis.
KUALA LUMPUR: Ahli keluarga ejen hartanah yang ditembak mati oleh dua penyerang yang tidak dikenali di Taman OUG pada Rabu terkejut dan keliru dengan dengan kejadian yang telah menimpa keluarga mereka.

Ketika ditemui di bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Rabu, ahli keluarga mangsa tertanya-tanya tentang motif serangan kejam itu sehingga menyebabkan wanita berusia 32 tahun mati di tempat kejadian dan anak perempuannya yang berusia lapan tahun cedera parah.

"Dia seorang yang baik dan tidak mempunyai masalah dengan sesiapa pun. Kami tidak pernah mendengar tentang ugutan untuk membunuhnya," kata saudaranya.

Ahli-ahli keluarga yang hadir di bilik mayat jelas kelihatan sedih, malah ada yang menitiskan air mata selepas melihat mayatnya.

Menurut saudaranya, keluarga ini biasanya akan menggunakan kereta Toyota Vellfire yang dipandu mangsa untuk perjalanan jarak jauh.

Katanya, mangsa keluar rumah pada waktu tengah hari dan sepatutnya pergi melancong ke Pulau Pinang bersama keluarganya.

Suaminya, yang sepatutnya turut serta dalam trip tersebut, berkata beliau baru sahaja pulang ke rumah dari China, di mana beliau telah bekerja di sana sejak tiga tahun lalu.

Ejen itu mati ditembak pada jarak dekat oleh dua penyerang yang tidak dikenali yang menaiki motosikal di Jalan Hujan Mas kira-kira pukul 2.28 petang Rabu.

Anak perempuannya, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, juga ditembak.

Difahamkan, anaknya masih dalam keadaan kritikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Rusdi Mohd Isa berkata, mangsa sedang memandu bersama lima anaknya dan pembantu rumah apabila dua lelaki bermotosikal menghampiri kenderaan itu dan melepaskan tembakan.

Suspek dipercayai telah melepaskan lima das tembakan ke arah kenderaan itu, dengan satu tembakan terkena pada bahagian leher wanita berkenaan.

Artikel Berikut

Rebah Di Terminal Haji

Artikel Lain