suria

Serangan Dhaka: Polis Bangladesh Namakan Lima Lelaki Bersenjata

Gambar yang dikeluarkan IS menunjukkan lima individu terlibat dalam serangan Dhaka.

PETALING JAYA: Polis Bangladesh mengeluarkan senarai nama lima lelaki bersenjata dalam serangan di sebuah kafe di Dhaka pada Jumaat lalu, lapor BBC.

Laporan itu menamakan lima lelaki bersenjata itu sebagai Nibras Islam, Rohan Imtiaz, Meer Saameh Mubasheer, Khairul Islam dan Shafiqul Islam.

Pada awalnya, pegawai memberitahu bahawa seramai enam lelaki bersenjata terbunuh dalam serangan itu di Holey Artisan Bakery di Dhaka.

Bagaimanapun, ia kemudian mendedahkan penyerang keenam sebenarnya merupakan tebusan yang bernama Saiful Islam Chowkidar, yang bekerja sebagai oembuat piza di kafe tersebut.

Serangan yang didakwa dilakukan kumpulan militan IS itu mengorbankan 22 orang.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua yang maut iaitu Nibris Islam dan Rohan Imtiaz merupakan bekas pelajar Universiti Monash Malaysia.

Bagaimanapun katanya, tidak dapat dipastikan sama ada kedua-duanya merupakan lelaki bersenjata tau mangsa.



IS

Artikel Sebelum

Rebah Di Terminal Haji

Artikel Berikut

Artikel Lain