suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Rakan Terbunuh, Kereta Terputus Dua

KLUANG: Tiga pelajar lelaki terbunuh manakala seorang cedera parah apabila kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar sebatang pokok di KM32, Jalan Yong Peng, dekat sini, Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, pemandu kereta Proton Iswara Aeroback, Muhammad Nabil Fahmi Bakhtiar, 17 bersama dua rakan, Basrie Bunawan dan Mohamad Nor Fitri Mohamad Sabtu, kedua-dua berusia 19 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Seorang lagi penumpang, Nur Muhammad Amin Saiman, 17, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Kluang untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham, dalam kenyataan, berkata ketika kejadian kesemua sahabat karib itu dalam perjalanan dari Kluang ke Paloh, Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Muhamad Nabil dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar sebatang pokok besar di bahu jalan arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran itu, kereta tersebut terputus dua dan enjin tercabut sementara badan kereta pula melekat pada batang pokok," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. - Bernama

Artikel Lain