suria

Kes Samun JPJ KL: Anggota Wanita Rela Ditahan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang anggota wanita Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditahan bagi membantu siasatan kes samun RM754,000 di kaunter pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata, wanita berusia 41 tahun yang bertugas di pejabat JPJ di Jalan Genting Kelang di sini ditahan reman selama dua hari bermula Selasa.

Wanita, yang bekerja selama tiga tahun di pejabat itu, ditahan selepas memberi keterangan di Balai Polis Setapak di sini, malam Isnin, katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Dalam kejadian 5.40 petang Isnin, dua lelaki bersenjatakan parang melarikan wang tunai kira-kira RM754,000 dari pejabat JPJ berkenaan.

Kedua-dua suspek bertopi keledar masuk ke pejabat berkenaan menggunakan pintu belakang sebelum bertindak merampas wang tunai di kaunter bilik Unit Hasil. - Bernama

JPJ

Artikel Lain