suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPT Akan Siasat Dakwaan Pengganas Warga Bangladesh Pernah Belajar Di Malaysia

Polis Bangladesh memantau kawasan kejadian serangan pengganas. AFP

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia akan menyiasat dakwaan bahawa seorang suspek pengganas Bangladesh pernah belajar di sebuah universiti swasta di sini.

"Kementerian sedia maklum laporan akhbar hari ini yang menyatakan bahawa satu atau lebih suspek serangan keganasan di Bangladesh mungkin pernah belajar di sebuah universiti swasta di Malaysia sebelum ini.

"Kementerian menganggap ia merupakan satu perkara yang serius dan akan menyiasat dan bekerja sama dengan agensi-agensi penguat kuasa yang berkaitan dengan perkara ini," jelas kenyataan tersebut.

Sebelum ini jurucakap Monash University Malaysia, Dr Susheela Nair berkata: "Hujung minggu lalu, kami mengetahu melalui halaman sosial bahawa satu atau dua orang warganegara Bangladesh yang didakwa terlibat dengan serangan pengganas pernah menghadiri Monash Malaysia.

"Pihak universiti belum menerima apa-apa komunikasi atau pengesahan daripada pihak berkuasa berkenaan kes ini," jelasnya dalam satu kenyataan ringkas.

Artikel Lain