suria

Satu Lagi Kes Difteria Dilaporkan Di Kedah

KUALA LUMPUR: Satu lagi kes difteria dilaporkan diKedah, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 14 kes dengan lima kematian diseluruh negara sehingga Sabtu lepas. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes terbaharuitu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun yang demam sejak 26 Jun lalu. 

"Tiga hari kemudian pesakit mengalami sawan dan dirujuk ke sebuah hospitaldi Kedah dan dimasukkan ke wad. Namun keadaan pesakit bertambah teruk di mana pada Jumaat lepas (1 Julai) pesakit memerlukan bantuan peralatan pernafasan.

"Pesakit kemudiannya dirujuk ke pusat perubatan di Kuala Lumpur dan ujian makmal mengesahkan bahawa ia positif difteria," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

"Rawatan profilaksis telah diberikan kepada semua kontak kes baru ini dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan telah dijalankan," katanya.

Noor Hisham berkata setakat ini, tiga kes dikesan di Melaka dengan satu kematian, Kedah (tujuh kes dengan satu kematian) dan Sabah (empat kes dengan tiga kematian). 

Beliau berkata Johor turut melaporkan satu kes disyaki difteria membabitkankanak-kanak lima tahun yang mempunyai sejarah demam dan sakit tekak.  

Pesakit berkenaan tidak mendapat imunisasi lima serangkai yang lengkap dankeputusan ujian makmal masih belum diperoleh, katanya.  

Dr Noor Hisham turut menasihatkan ibu bapa agar menyemak semula status imunisasi anak-anak mereka dengan memastikan anak-anak di bawah umur tujuh tahun telah mendapat imunisasi lima serangkai yang lengkap supaya perlindungan optimadapat diberikan. 

"Semoga langkah proaktif semua pihak akan dapat meningkatkan imunitikelompok dan membendung kejadian difteria daripada terus menjadi masalah kesihatan awam," katanya. -Bernama

Difteria, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Lain