suria

Monash University Belum Terima Panggilan Berhubung Suspek Pengganas

PETALING JAYA: Monash University Malaysia berkata, pihak berkuasa masih belum menghubungi mereka berhubung salah seorang alumi yang menjadi suspek terlibat dalam serangan Dhaka Sabtu lalu.

Jurucakap Monash University Malaysia, Dr Susheela Nair berkata; "Hujung minggu lalu, kami mengetahu melalui halaman sosial bahawa satu atau dua orang warga Bangladesh yang didakwa terlibat dengan serangan pengganas pernah menghadiri Monash Malaysia.

"Pihak universiti belum menerima apa-apa komunikasi atau pengesahan daripada pihak berkuasa berkenaan kes ini," jelasnya dalam satu kenyataan ringkas.

Pada malam Jumaat, tujuh militan Negara Islam membunuh 20 orang termasuk 18 warga asing di sebuah kafe ala barat di Dhaka, Bangladesh.

Enam lelaki bersenjata ditembak mati oleh pasukan keselamatan di kafe Holey Artisan Bakery.

Salah satu lelaki bersenjata yang ditembak mati didakwa pernah mengikuti pengajian di sebuah universiti swasta di sini selepas tiba dari Dhaka pada tahun 2012.

Monash University, Dhaka, serangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain