suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shaik Abdul Rasheed Dilantik Timbalan Gabenor Baharu Bank Negara

KUALA LUMPUR:  Bank Negara Malaysia melantik Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour sebagai Timbalan Gabenor untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 16 Julai, 2016.

"Sebagai Timbalan Gabenor, Abdul Rasheed akan bertanggungjawab ke atas pengawalseliaan dan pembangunan sektor kewangan, termasuk sistem pembayaran serta pengurusan rizab antarabangsa dan operasi pasaran wang dan pentadbiran pertukaran asing," kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.

|Dengan pelantikan beliau, Bank Negara Malaysia kini mempunyai tigaTimbalan Gabenor, seperti yang diperuntukkan oleh Akta Bank Negara Malaysia 2009 Dua Timbalan Gabenor lain ialah Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dan Dr Sukudhew Singh.

Abdul Rasheed kini bertugas sebagai Penolong Gabenor yang bertanggungjawab ke atas sektor Dasar Monetari dan Ekonomi, yang terdiri daripada Jabatan Dasar Monetari, Jabatan Ekonomi, Jabatan Antarabangsa dan Jabatan Perkhidmatan Statistik Bank Negara.

Beliau ialah ahli Jawatankuasa Pengurusan Bank dan ahli jawatankuasa bagi beberapa jawatankuasa dasar iaitu Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Pengurusan Rizab dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko.

Abdul Rasheed telah berkhidmat di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Washington D.C. sebagai Pengarah Eksekutif Silih Ganti di Pejabat Kumpulan Asia Tenggara dalam Lembaga Eksekutif IMF. 

Beliau telah memain peranan utama dalam pembangunan dan kejayaan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2001-2010) dan perumusan Pelan Sektor Kewangan(2011-2020). 

Abdul Rasheed yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya, memulakan kerjaya di Bank Negara pada 1988, dan beliau terlibat dalam inisiatif kerjasama serantau semasa Malaysia menjadi Pengerusi Asean.

Ini termasuk persetujuan Ringkasan Pencapaian Integrasi Kewangan Asean danpembangunan Pelan-Pasca 2015 Integrasi Kewangan Asean. -Bernama

Artikel Lain